TERMA DAN SYARAT

1. FAMILLION adalah kumpulan pemasaran untuk MSP.

2. Program MSP ini ditubuhkan bagi membantu para pengguna yang bermasalah untuk mendapatkan kereta secara bijak dan mudah.

3. Terbuka kepada warganegara serta bukan warganegara.

4. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.

5. Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak layak untuk memohon.

6. Sabah dan Sarawak hanya dibenarkan untuk membuat pembelian kereta secara tunai mahupun melalui smartsystem yang disediakan oleh pihak MSP.

7. Pemohon wajib membuat pra-tempahan sebelum urusan jual beli kereta dilakukan. 

8. Pembayaran tempahan kereta ini disebut sebagai pra-tempahan.

9. Pra-tempahan ini merujuk kepada pihak pembeli yang ingin mendapatkan perkhidmatan pembelian kereta daripada pihak MSP.

10. Pembayaran tersebut juga turut disebut sebagai yuran pengurusan pihak MSP dalam menguruskan urusan jual beli kereta bersama pemohon.

11. Pra-tempahan ini tidak akan dikembalikan semula sekiranya pihak pemohon ingin membuat pembatalan permohonan bersama MSP.

12. Segala butiran permohonan yang diberikan adalah benar tanpa sebarang unsur pemalsuan dokumen. Pemalsuan dokumen akan dianggap sebagai satu penipuan dan pihak MSP berhak untuk membuat pembatalan permohonan pemohon serta-merta.

13. Pihak MSP tidak akan menyerahkan data peribadi pemohon kepada pihak ketiga atau mana-mana pihak tanpa sebarang kebenaran daripada pemohon. Data peribadi yang diserahkan adalah untuk kegunaan permohonan bersama MSP sahaja.

14. Pihak MSP juga berhak untuk membuat sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan terma dan syarat ini pada bila-bila masa sama ada dengan atau tanpa memberi notis terlebih dahulu.

15. Sekiranya pihak MSP mendapati perlu membuat perubahan terhadap terma dan syarat ini, ia akan termaktub secara automatik tanpa memberikan notis terlebih dahulu kepada pemohon.

16. Pra-tempahan yang dibuat oleh pemohon akan dibekalkan dengan dua produk utama MSP iaitu smartsystem dan smartraining. Hal ini bertujuan bagi membantu para pemohon dalam merealisasikan impian untuk memiliki kereta secara bijak.

17. Pembayaran pra-tempahan ini adalah bergantung kepada pihak pemohon mengikut kepada model kenderaan yang telah dipersetujui bersama MSP.

18. Jenis pra-tempahan ini telah dinyatakan di dalam lampiran hadapan mengikut kepada model serta harga pasaran kenderaan semasa.

19. Pemohon hendaklah memaklumkan kepada pihak MSP sekiranya jumlah wang pendahuluan sudah mencukupi bagi melancarkan proses berikutnya.

20. Pemohon perlu menyediakan wang pendahuluan terlebih dahulu sekitar dua puluh peratus (20%) hingga lima puluh peratus (50%) mengikut model dan tahun kenderaan.

21. Pihak MSP telah menetapkan bahawa sekiranya pemohon telah bersetuju dengan wang pendahuluan serta bulanan yang ditetapkan,  pihak pemohon hendaklah membuat tempahan rasmi sebanyak Satu Ribu Ringgit Malaysia (RM1000.00) sahaja kepada MSP.

22. Pemohon tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pembatalan sekiranya tempahan rasmi sudah dibuat. Tempahan rasmi ini akan ditolak serta-merta sekiranya berlaku kegagalan di pihak pemohon atau pemohon sendiri membatalkan permohonan apabila kenderaan yang dimohon sudah tersedia.

23. Pembayaran pra-tempahan dan tempahan rasmi ini hendaklah dimasukkan ke dalam akaun pihak syarikat MSP atau diserahkan kepada pihak ejen yang berdaftar dibawah MSP sahaja. Ejen yang berdaftar bersama MSP akan dibekalkan ID keahlian bagi mengelakkan sebarang penipuan berlaku.

24. Pra-tempahan yang dibuat ini akan dikira semasa proses jual beli kereta dilakukan secara automatik apabila para pemohon membuat pembelian kereta bersama MSP.

25. Pihak MSP tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian secara langsung atau tidak langsung sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan maklumat oleh mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab.

26. Pemohon dengan jelas memahami dan bersetuju serta memperakui segala maklumat yang diberikan kepada pihak MSP adalah benar tanpa sebarang unsur penyelewengan maklumat.

tertakhluk terma & syarat

© 2018 by famillion. Proudly created with msp-1.com

  • Facebook
  • Tumblr Social Icon
  • Instagram